KELAS BELAJAR BUAT WEBSITE SAMPAI SIAP !

10 SEBAB KENAPA KOPERASI & USAHAWAN PERLUKAN WEBSITE?

# KEPENTINGAN 1

Melalui website, anda boleh menyatakan Visi & Misi bisnes anda. Anda boleh meletakkan pelbagai info tentang bisnes sama ada penghargaan yang pernah diterima, testimoni pelanggan, katalog produk dan servis, kaedah komunikasi, urusan pembayaran, lokasi bisnes dan sebagainya yang memudahkan pelanggan dan bakal pelanggan mengenali anda dengan lebih baik. Ini akan meningkatkan imej dan kepercayaan mereka terhadap anda.

# KEPENTINGAN 2

Melalui website, anda berkeupayaan untuk memberi maklumat mengenai produk atau servis anda secara mudah dan cepat. Sekali anda upload semua info, dalam beberapa saat, info tersebut sudah boleh diakses oleh pelanggan dan orang awam tanpa perlu anda membuat hebahan secara manual. Jika kita tiada website, seandainya ada promosi, hebahan perlu dibuat melalui banner, flyers atau bunting yang sangat terhad info yang boleh dimasukkan.

# KEPENTINGAN 3

Melalui beberapa plugin tertentu Anda boleh masukkan keyword khusus di dalam website. Ini membolehkan pihak enjin pencari seperti Google meletakkan website anda berada di ranking utama di dalam sistem database mereka. Jika website anda berada di halaman pertama Google, sangat mudah untuk pelanggan mengakses maklumat dan aktiviti perniagaan yang Anda jalankan. Potensi bisnes sangat terbuka luas dan cepat berkembang.

# KEPENTINGAN 4

Website adalah Kedai Maya yang beroperasi di internet. Untuk seseorang usahawan baru yang ingin memiliki sebuah website basic, kosnya permulaannya hanyalah RM400 (jika bina sendiri) dan RM2,000 (jika upah web designer). Berbanding dengan jika anda memiliki sebuah kedai fizikal, sekurang-kurangnya anda perlu sediakan kos permulaan RM5,000 – RM10,000 untuk membuka sebuah kedai fizikal basic yang melibatkan kos sewa, bil utiliti dan renovation.

# KEPENTINGAN 5

Website sentiasa di buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun walaupun ownernya sedang nyenyak tidur. Ini adalah kerana teknologi website berada di server yang berfungsi 24 jam sehari. Pihak pembekal domain dan hosting telah melakukan kerja menjaga website Anda supaya ianya sentiasa beroperasi lancar setiap masa. Pelanggan bebas mengakses info dan maklumat bisnes Anda pada bila-bila masa sahaja.

# KEPENTINGAN 6

Segalanya maklumat umum dan spesifik seperti perihal produk, promosi, stok, spesifikasi, alamat, media sosial, after sales service, no telefon, dan sebagainya telah anda masukkan di dalam website. Anda sebenarnya telah menjimatkan masa anda yang sangat berharga untuk tidak menjawab secara bersemuka dengan pelanggan. Pelanggan boleh mengakses persoalan lazim di dalam website sahaja melalui ruangan FAQ tentang produk dan servis.

# KEPENTINGAN 7

Pelanggan dan orang awam mudah berkongsi maklumat produk atau servis bisnes Anda dengan rakan lain tanpa perlu mereka meminta izin daripada anda terlebih dahulu. Dengan hanya menekan button SHARE sahaja, info tentang aktiviti bisnes Anda telah tersebar ke seluruh dunia. Ianya sangat mudah dan pantas untuk dikongsi. Lagi banyak aktiviti perkongsian ini lagi cepat perniagaan anda dapat berkembang dalam skala yang lebih besar.

# KEPENTINGAN 8

Website boleh diakses di mana-mana sahaja, bila-bila masa sama ada dalam negara atau di luar negara asalkan ada hubungan internet atau pelanggan tahu alamat website anda. Contohnya website ALIBABA.COM, EBAY.COM, AMAZON.COM yang berpusat di luar negara, tetapi kita di Malaysia boleh mengakses website tersebut. Begitu jugalah website anda, apabila anda daftar dan published, seluruh dunia boleh mengaksesnya, Your Business Always Global !

# KEPENTINGAN 9

Website boleh simpan database pelanggan. Antara maklumat yang seringkali disimpan adalah no telefon, email dan rekod jualan. Hal ini tidak dapat dibuat di dalam media sosial seperti FB & Insta kerana Anda tiada kuasa untuk mengawalnya. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan yang disedari atau tidak, pihak FB & Insta boleh banned atau flagged akaun anda tanpa sebarang notis. Menyesal tidak sudah jika akaun kena tutup, database yang sudah banyak terkumpul pun akan lenyap sekelip mata.

# KEPENTINGAN 10

Website merupakan domain & hosting yang didaftarkan atas nama anda atau perniagaan anda. Anda memiliki kuasa sepenuhnya untuk mengawal terhadap segalanya, sama ada isi kandungan, template, theme, plugin dan citra website anda. Anda bebas dan fleksibel. Tidak seperti media sosial, anda hanya memiliki akaun sahaja, tetapi anda tidak dapat mengawal rekabentuknya seperti menu, warna tema, link, content utama dan susunatur secara mutlak.
YA ! WEBSITE SANGAT PENTING KEPADA KOPERASI & USAHAWAN. RUGINYA JIKA ANDA BELUM MEMILIKI WEBSITE SENDIRI LAGI..

JANGAN RISAU ! KOOPMKM SEDIA MEMBANTU !

KoopMKM Memiliki Pekerja Yang Sangat Mahir & Berpengalaman Di Dalam Teknologi Pembangunan Website Profesional. Kami Sedia Untuk Membantu Anda Untuk Memberi Tunjuk Ajar Secara Praktikal, Belajar Sampai Pandai Membina Website Profesional Sendiri Sehingga Siap Dalam Tempoh 2 Hari.

klik untuk share..

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter
Scroll to Top